Tuesday, November 1, 2016

Kesan Buruk Menonton Video Lucah

Tazkirah 14.
ASSALAMUALAIKUM WRH WBKTH.
*MENONTON VIDEO SEKS*
Soalan
*APAKAH HUKUMNYA KALAU MENONTON SEKS SEBAB SAYA SUDAH KETAGIH MENONTON VIDEO SEKS. BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH BEGINI? APAKAH AZAB BAGI ORANG YANG MENONTON VIDEO LUCAH ATAU SEKS?*
Jawapan
*Menurut Islam Hukum menonton video seks itu adalah haram!! Perasaan ketagih ini timbul disebabkan anda terlalu kerap menonton videa seumpama itu. Dalam waktu yang sama anda gagal untuk mendidik diri dan iman anda daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak*.
Bagi mengatasi perkara tersebut para sarjana dan ulamak fekah telah menyediakan kaedah yang paling praktikal untuk diikuti iaitu:
1. Berkahwin bagi yang telah bersedia dari segi fizikal,kewangan,mental dan emosi.
2.Jika tidak dapat laksanakan yang pertama anda perlu berpuasa bagi tujuan untuk mengendurkan nafsu.
3. Melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi.
4. Melibatkan diri dengan usrah atau persatuan-persatuan yang sekaligus fikran anda tidak akan tertumpu kepada seks dan gambar lucah.
*Azab @ kesan bagi yang menonton video lucah ialah:*
1. ALLAH tarik seri di wajahnya!!
2. Rezeki disempitkan!!
3. ALLAH bentuk titik-titik hitam di hatinya setiap kali dia tengok video seks
4. Tayangan Gambar seks yg mereka tonton itu akan dipancarkan di padang mahsyar ketika berhimpun di hari Qiamat kelak.
5. Kesan berdosa tetap ada sehingga doanya kurang dimakbulkan oleh ALLAH SWT.
6. Hidup selalu dirundung malang & byk masalah ditempat kerja, dgn keluarga & rakan2.
7. Mudah ditimpa penyakit & bala bencana.
Justeru panel nasihatkan agar anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) kepada ALLAH ,mudah-mudahan niat anda diterima dan dosa anda diampunkan.Wallahu a'lam.
*Pls share coz sharing is caring & it's a jariah*

No comments:

Post a Comment