Sunday, January 22, 2017

Sedekah

Tazkirah 22.

Allah memberi kita nikmat sihat tubuh badan setiap hari bukan percuma. Ada bayarannya yang mesti dibayar. Bayarannya ialah menyumbang kebaikan kepada orang lain walau hanya dengan sepatah kata yang baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap persendian manusia berkewajiban melakukan sedekah pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari. Berlaku adil terhadap dua orang adalah sedekah. Membantu seseorang naik ke atas kenderaan atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah. Kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah berjalan ke masjid solat adalah sedekah. Dan menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.” 

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ucaplah

Tazkirah 21.
السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan malam ini : *Ucaplah*
*{ حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }*
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ أُرَاهُ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي الضُّحَى عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
{ حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }
قَالَهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَقَالَهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالُوا
{ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }.
Maksud hadith :-
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus aku melihatnya berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr daripada Abu Hashin daripada Abu Ad- Dhuha *daripada Ibnu 'Abbas ;*
*{ حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }*
*Ertinya : "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung",*
*adalah ucapan Nabi Ibrahim Alaihis Salam ketika di lemparkan ke api. Juga diucapkan oleh Nabi sollallahu 'alaihi wasallam ketika orang-orang kafir berkata;*
*{ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }.*
*Ertinya : "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."* (Hadith riwayat Al-Bukhari : 4197, 4198)