Tuesday, November 1, 2016

Berdoa Dan Mengadulah Kepada Allah

Tazkirah 10.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak-anak kami, zuriat dan keturunan kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara seIslam kami...

Ya ALLAH.
Jadikanlah hari ini bagi kami lebih baik daripada semalam...

Ya ALLAH..
Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya ALLAH...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
kerana hanya ENGKAU lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya ALLAH..
Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki,
mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya ALLAH, karena hanya ENGKAU Yang Maha Pemberi Rezeki..

Ya ALLAH.
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-MU., mohon kuatkanlah dia untuk dapat bertahan dan bersabar..
dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-MU, kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya ALLAH.
jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya.. sombong, iri hati, dengki dan dusta..
mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya ALLAH..

Ya ALLAH.
mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yang merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
bukakanlah pintu hatinya agar memaafkan kami.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

No comments:

Post a Comment