Monday, October 24, 2016

Ujub

Tazkirah 07.
 *'UJUB @ عجب*
==================
'UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan 'UJUB boleh datang pada bila-bila masa.
• Orang yang rajin ibadah merasa kagum
dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
•. Orang yang cantik, kagum dengan
kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan
kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan
dakwahnya.
Sufyan at-Tsauri mengatakan:
_"Ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat."_
Muthrif rahimahullah telah berkata:
_“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”_
Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata:
_“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”_
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:
_"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”_ (HR Bukhari dan Muslim)
_"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”_ (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Imam Nawawi rahimahullah berkata:
_"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit : 'Ujub. Sesiapa 'ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."_ (Syarh Arba’in)
___________________________
_(P/s: Peringatan utk diri sendiri & mereka yg ingin mengambil manfaat..)_
Sebar....dan amalkan...
InshaAllah...

No comments:

Post a Comment